Sunday 6 April 2014

Permandangan Baru Marriott Miri

Berhujung minggu di Marriott Hotel Miri kali ini ada kelainannya. Dari bangunan utama, pemandangan  terarah ke lautan luas terbentang. Sayup dari kejauhan akan terlihat kapal-kapal dagang atau bot-bot nelayan merentasi lautan. Kini tidak lagi. Ada sesuatu yang tersergam berhampiran persisiran pantai.

Permandangan di pantai Marriott Miri

Drilling Rig berhadapan pantai Marriott Miri
Miri memang diketahui adalah kawasan sektor "oil & gas". Pastinya akan tiba masanya bila lapangan minyak & gas baru dikenal pasti dan diterokai. Sebelum ini platform-platform pengeluaran minyak & gas hanya sayup-sayup kelihatan dari darat. Mungkin sedikit masa lagi panorama pantai Marriott Hotel akan berubah sekiranya eksplorasi yang dijalankan kini menemui simpanan hidrokarbon yang boleh diusahakan.

Siapa yang boleh halang pembangunan bukan. Ditakdirkan ada penemuan yang berbaloi untuk diusahakan, besar kemungkinan akan ada struktur yang dibina di sana. Permandangan lanskap pun akan berbeza.

Kita tunggu kesudahan eksplorasi ini nanti.



Improving Health - Generating Wealth - Developing People - Enjoying Life 

Working At Home Dad; with financial freedom and time for the family.
Interested to join our team?

Email : mnaquibh@gmail.com
Whatsapp : 0193589373

Abah AddinNasa

No comments:

Post a Comment