Thursday 25 August 2016

Nak fit tapi tulang reput


Bila cerita tentang Kalsium, kita akan selalu kaitkan dengan Osteoporosis, iaitu penyakit berkaitan tulang yang rapuh. Sebenarnya kalau kita dalami bertul-betul, masalah Osteoporosis ini ialah kemuncak (ultimate) kepada masalah bekalan kalsium dalam badan kita.

Sebenarnya 99% kalsium dalam badan kita terdapat dalam tulang & gigi kita. Manakala 1% lagi berkitar dalam darah (kalsium darah) untuk mainkan peranan penting dalam kawalatur dalam badan. Tahu tak kita sebenarnya kalsium darah diperlukan untuk degupan jantung yang "regular",  pembekuan darah, aktiviti saraf & fungsi-fungsi rutin membran sel. Maksudnya 99% ialah kalsium yang tidak boleh diganggu (simpanan tetap kalsium) & kita hanya perlu jaga cuma yang 1% kalsium dalam darah kita untuk fungsi optimum badan.

1% kalsium darah darah vs 99% kalsium tulang & gigi

Kalsium darah yang 1% ini dikawal dengan rapi dalam badan. Bila kandungan kalsium ini jatuh di bawah paras 10 mg per 100 ml darah, paras kalsium akan diperbetulkan serta-merta. Bila kalsium dalam darah sendiri tidak mencukupi, bekalan seterusnya akan dicari dalam diet makanan harian. Kepada kita yang permakanannya mengandungi cukup unsur kalsium, insya allah dapat diganti kalsium darah tadi. Tapi jika sekiranya bekalan dalam diet harian tidak mencukupi, maka tidak dapat dielak lagi kalsium akan "ditarik" dari bekalan 99% tulang & gigi! Kenapa tidak dapat elak? Sebab badan perlukan kalsium yang mencukupi dalam darah untuk fungsi optima! Sacrifice the bone & teeth for the sake of body function.

Kalau kita cukup makan, kenapa mesti bekalan kalsium tidak diambil dari diet harian? Antara sebabnya ialah:
1) Tidak ramai yang mengamalkan pengambilan susu harian yang mencukupi. Mengaku sajalah yang kita suka minuman ringan yang manis.
2) Kalsium selalunya terdapat dalam makanan yang tinggi kalori dan lemak. Sekarang ini pun ramai yang nak kurus & fit, jadi ramai yang amibe berat tentang pengiraan kalori & lemak ni. Jadi kalsium intake akan terhad.
3) Sumber kalsium juga banyak datang dalam makanan yang kaya dengan kolesterol. Bila kita berusaha untuk mengurangkan pengambilan kolesterol (untuk kesihatan juga), secara tidak langsung ambilan kalsium juga berkurang.

Susah juga bila sendiri nak ada badan yang fit, nak elak sakit berkaitan kolestrol tapi dalam diam bekalan 99% kalsium tulang & gigi terjejas.

Nak penyelesaiannya? Ambil je suplemen kalsium.


Improving Health - Generating Wealth - Developing People - Enjoying Life
A Working At Home Dad; with financial freedom and time for the family.
Are you interested to join our team? *shakleeborneo.shakleeindonesia*
Email : mnaquibh@gmail.com
Whatsapp : 0193589373