Saturday 11 December 2021

Apa benda CKD?

Asal bermula dgn peluang mengikuti kelas dari Dr Jue tentang penyakit buah pinggang pada bulan April tahun ini. Dr Jue berkongsi tentang penyakit buah pinggang kronik (CKD) dan protokol utk reverse penyakit ini. Muncul nama Prof Dr. Ab. Aziz Al-Safi. Kemudian muncul pula peluang utk sertai kelas dari Dr. Aziz. Juga berkongsi pengalaman beliau merawat pesakit CKD. Unik ilmu ini disebalik kebiasan yg mengatakan bila buah pinggang sudah rosak, jalan penyelesaian ialah dialisis.





Bila rentas negeri dibenarkan, saya ambil peluang untuk kunjungi pusat rawatan Dr. Aziz di Kubang Kerian. Sempat juga buat simple microcirculation analysis (simple test yg menarik bagi saya; insyaallah posting yg lain ya). 3 minggu di sama sambil buat sedikit treatment, selain ambil peluang utk belajar tentang penjagaan buah pinggang baik dari segi protokolnya hingga pergi ke dapur utk belajar menu diet yg disediakan.

Setiap hari akan berjumpa dgn pesakit CKD yg datang dari merata tempat. Antara yg sempat berkenalan, mereka yg datang dari Pulau Pinang, Perak & Terengganu. Kagum & seronok  mendengar cerita mereka yg rata-rata lari dari hospital utk buat dialisis; datang ke Kubang Kerian utk cari rawatan alternative. Yg dari Pulau Pinang, CKD tahap 5 dengan penyakit kencing manis berkerusi roda. Semua pergerakkan perlu dibantu pasangan termasuk ke bilik mandi & tandas. Seminggu rawatan di sana, alhamdulillah beransur pulih hingga boleh bangun berjalan sendiri & urus diri. Kerusi roda dah disimpan dlm kereta. Seorang lagi yg setiap pagi saya akan tegur, CKD tahap 5 juga. Sama juga lari dari kena dialisis. Selesai rawatan di sana, dapat pulang dgn keadaan CKD menjadi tahap 4. Seronok dia.

Saya ada tahu serba sedikit tentang dialisis kerana arwah emak mertua saya dulu terpaksa jalani dialisis akibat sakit kencing manis. Mulanya saya & isteri beranggapan bahawa dialisis itu baik utk bantu pesakit. Duduk 3 jam, cuci darah. Kemudian balik rehat. Sehinggalah sewaktu arwah terpaksa jalani dialisis pada masa arwah dalam keadaan koma. Doktor yg merawat “membuka” cerita sebenar tentang dialisis. Kata doktor ‘“kamu nampak emak kamu tengah tidur, tetapi sebenarnya walaupun dalam koma, dia sedang berlari”. Kami tak faham. Doktor menambah “sebab  waktu dialisis, jantung bekerja keras mengikut mesin dialisis. Jantung berdegup umpama kita berlari 100 meter. Bayangkan kita berlari 100 meter sepanjang 3 jam”. Dari situ kami faham kenapa arwah akan berehat panjang setiap kali dialisis. Sebab dia letih.

Kebetulan di akhir masa saya di klinik Dr. Aziz, saya bertemu dgn kenalan keluarga kami. Seorang doktor perubatan menetap di Negeri Sembilan. Masalah CKD tahap 4. Enggan ambil rawatan dialisis juga. Saya tanyakan kenapa tidak ambil jalan mudah dgn buat dialisis. Katanya dia perlu buat dialisis 3 kali seminggu. Sekali buat 3 jam, kemudian akan flat utk 2 hari. Kalau dah 3 kali seminggu maksudnya hampir seminggu dia akan flat. Apa kerja yg boleh dibuat lagi? Itu ke life style yg dia nak jalani. Teringat balik kpd penerangan dari doktor yg merawat arwah mak mertua tadi.

Padanlah jika diberi pilihan ramai yg sanggup cari alternative kpd rawatan dialisis. Mereka tahu apa sebenarnya keadaan yg bakal dilalui sepanjang jalani prosedur dialisis & bagaimana pula keadaan selepas selesai dialisis. 

Improving Health - Generating Wealth - Developing People - Enjoying Life 
mnaquibh@gmail.com Whatsapp : 0193589373

Tuesday 1 August 2017

Beat Gout Naturally

Future Event: Beat Gout Naturally


Get your ticket here!

See you there!


Improving Health - Generating Wealth - Developing People - Enjoying Life A
mnaquibh@gmail.com
Whatsapp : 0193589373

Tuesday 28 February 2017

Abang Pilot Mencari Vitamin Untuk Kulit Wajah

Semalam terima panggilan customer di Miri. Bekas juruterbang helikopter TUDM yg sekarang berkhidmat dgn Oil & Gas service company. Bunyi macam pelik tetapi beliau mencari set kecantikan kulit.
Bila ditanya lanjut, rupanya beliau susah hati dgn perubahan kulit mukanya. Kesan / parut jerawat di muka semakin tenggelam. Katanya dlm bidang ini kita handle berbagai chemical yg merbahaya. Beriya benar beliau highlight kesan chemical di tempat kerja dgn masalah kulit yg dialami. Beliau bukannya nak sampai ada flawless skin, tapi janganlah teruk macam sekarang.
Antara vitamin yg ada dlm set yg beliau ambil ada ESP Soy Protein. Penghasilan sel yg sihat perlukan Protein. Unlike other proteins, Shaklee ESP bekalkan kesemua 9 essential amino asid yg tak boleh dihasilkan oleh badan. Benar kita makan banyak makanan berprotein dari makanan harian, tapi secara umum protein akan mula rosak pada suhu melebihi 43 darjah celsius. Agaknya suhu berapa kita masak makanan kita? 
Mungkin kesedaran abang pilot ni dah spread out sesama kawan2 beliau sampai ESP Shaklee sekarang pun dah insufficient stock!

Improving Health - Generating Wealth - Developing People - Enjoying Life
A Working At Home Dad; with financial and time freedom.
mnaquibh@gmail.com
Whatsapp : 0193589373

Sunday 16 October 2016

Health & Wellness Talk Kuala Terengganu

Perlindungan Imunisasi 3 Lapisan 


Untuk bulan Oktober hingga Disember 2016, selama 3 bulan Shaklee akan mempromosikan vitamin yang membantu meningkatkan sistem imun / sistem pertahanan badan.

Siri Health & Wellness Talk diadakan untuk memberi info serta kesedaran tentang kepentingan sistem imun dan bagaimana kita boleh memastikan ianya berfungsi secara optimum. Seperti sebelum ini, sessi ini diadakan di The Regency Waterfront Hotel, Kuala Terengganu.







Selain penerangan dari pakar nutrisi, kelas kali ini juga diselitkan dengan demo penyediaan minuman berkhasiat.






Improving Health - Generating Wealth - Developing People - Enjoying Life
mnaquibh@gmail.com
Whatsapp : 0193589373

Thursday 25 August 2016

Nak fit tapi tulang reput


Bila cerita tentang Kalsium, kita akan selalu kaitkan dengan Osteoporosis, iaitu penyakit berkaitan tulang yang rapuh. Sebenarnya kalau kita dalami bertul-betul, masalah Osteoporosis ini ialah kemuncak (ultimate) kepada masalah bekalan kalsium dalam badan kita.

Sebenarnya 99% kalsium dalam badan kita terdapat dalam tulang & gigi kita. Manakala 1% lagi berkitar dalam darah (kalsium darah) untuk mainkan peranan penting dalam kawalatur dalam badan. Tahu tak kita sebenarnya kalsium darah diperlukan untuk degupan jantung yang "regular",  pembekuan darah, aktiviti saraf & fungsi-fungsi rutin membran sel. Maksudnya 99% ialah kalsium yang tidak boleh diganggu (simpanan tetap kalsium) & kita hanya perlu jaga cuma yang 1% kalsium dalam darah kita untuk fungsi optimum badan.

1% kalsium darah darah vs 99% kalsium tulang & gigi

Kalsium darah yang 1% ini dikawal dengan rapi dalam badan. Bila kandungan kalsium ini jatuh di bawah paras 10 mg per 100 ml darah, paras kalsium akan diperbetulkan serta-merta. Bila kalsium dalam darah sendiri tidak mencukupi, bekalan seterusnya akan dicari dalam diet makanan harian. Kepada kita yang permakanannya mengandungi cukup unsur kalsium, insya allah dapat diganti kalsium darah tadi. Tapi jika sekiranya bekalan dalam diet harian tidak mencukupi, maka tidak dapat dielak lagi kalsium akan "ditarik" dari bekalan 99% tulang & gigi! Kenapa tidak dapat elak? Sebab badan perlukan kalsium yang mencukupi dalam darah untuk fungsi optima! Sacrifice the bone & teeth for the sake of body function.

Kalau kita cukup makan, kenapa mesti bekalan kalsium tidak diambil dari diet harian? Antara sebabnya ialah:
1) Tidak ramai yang mengamalkan pengambilan susu harian yang mencukupi. Mengaku sajalah yang kita suka minuman ringan yang manis.
2) Kalsium selalunya terdapat dalam makanan yang tinggi kalori dan lemak. Sekarang ini pun ramai yang nak kurus & fit, jadi ramai yang amibe berat tentang pengiraan kalori & lemak ni. Jadi kalsium intake akan terhad.
3) Sumber kalsium juga banyak datang dalam makanan yang kaya dengan kolesterol. Bila kita berusaha untuk mengurangkan pengambilan kolesterol (untuk kesihatan juga), secara tidak langsung ambilan kalsium juga berkurang.

Susah juga bila sendiri nak ada badan yang fit, nak elak sakit berkaitan kolestrol tapi dalam diam bekalan 99% kalsium tulang & gigi terjejas.

Nak penyelesaiannya? Ambil je suplemen kalsium.


Improving Health - Generating Wealth - Developing People - Enjoying Life
A Working At Home Dad; with financial freedom and time for the family.
Are you interested to join our team? *shakleeborneo.shakleeindonesia*
Email : mnaquibh@gmail.com
Whatsapp : 0193589373