Thursday 9 January 2014

Perang Vitamin

Naquib Shaklee
Kita berhak memilih yang selamat dan berkesan.


Mulanya tahun 2014, berlaku pertembungan pendapat antara golongan yang cenderong pada perlunya mengambil makanan tambahan (mudah disebut suplemen) dengan golongan yang mengatakan sebaliknya.

Masing-masing ada pendapat sendiri. Pastinya bergantung pada agenda mereka (baik atau buruk niat itu) mengeluarkan pendapat. 

Artikel ini membuka mata banyak pihak - Suplemen multivitamin, mineral sia-sia?

Sebagai individu & pengguna, kita dikurniakan akal utk menilai sendiri berpandukan kpd segala maklumat yg ada. Maklumat pulak banyak. Amati, nilai & timbangkan. Akhir sekali setiap pertimbangan akan dipekuatkan dgn "kata hati" kita.

Tubuh kita hak kita. Kalau kita menyalahkan orang lain atas apa yg kita ambil, sahlah kita ini orang yg malang kerana tidak berkemampuan membuat pilihan sendiri.

Ada yg berpendirian perlu ambil suplemen. Ada yg fikir tidak. Jangan ingat bila kita ambil suplemen, mereka yg tidak ambil suplemen sebagai golongan yg salah. Begitu juga sebaliknya.

Saya diajar tentang "Decision-tree". 
Jadi kita ada 2 kumpulan:
Nak ambil suplemen (50%), Tidak perlu ambil suplemen (50%). 
Yang tidak perlu ambil suplemen tidak perlu pikir suplemen mana nak dibeli; jadi case close. Yg nak ambil suplemen pulak bagaimana? Jangan ambil sebarang sebab kita memasukkannya terus ke dalam perut kita! Tubuh kita hak kita bukan? Jika kita ambil mudah dalam membuat pilihan, kita yang akan tanggung.