Saturday 11 December 2021

Apa benda CKD?

Asal bermula dgn peluang mengikuti kelas dari Dr Jue tentang penyakit buah pinggang pada bulan April tahun ini. Dr Jue berkongsi tentang penyakit buah pinggang kronik (CKD) dan protokol utk reverse penyakit ini. Muncul nama Prof Dr. Ab. Aziz Al-Safi. Kemudian muncul pula peluang utk sertai kelas dari Dr. Aziz. Juga berkongsi pengalaman beliau merawat pesakit CKD. Unik ilmu ini disebalik kebiasan yg mengatakan bila buah pinggang sudah rosak, jalan penyelesaian ialah dialisis.





Bila rentas negeri dibenarkan, saya ambil peluang untuk kunjungi pusat rawatan Dr. Aziz di Kubang Kerian. Sempat juga buat simple microcirculation analysis (simple test yg menarik bagi saya; insyaallah posting yg lain ya). 3 minggu di sama sambil buat sedikit treatment, selain ambil peluang utk belajar tentang penjagaan buah pinggang baik dari segi protokolnya hingga pergi ke dapur utk belajar menu diet yg disediakan.

Setiap hari akan berjumpa dgn pesakit CKD yg datang dari merata tempat. Antara yg sempat berkenalan, mereka yg datang dari Pulau Pinang, Perak & Terengganu. Kagum & seronok  mendengar cerita mereka yg rata-rata lari dari hospital utk buat dialisis; datang ke Kubang Kerian utk cari rawatan alternative. Yg dari Pulau Pinang, CKD tahap 5 dengan penyakit kencing manis berkerusi roda. Semua pergerakkan perlu dibantu pasangan termasuk ke bilik mandi & tandas. Seminggu rawatan di sana, alhamdulillah beransur pulih hingga boleh bangun berjalan sendiri & urus diri. Kerusi roda dah disimpan dlm kereta. Seorang lagi yg setiap pagi saya akan tegur, CKD tahap 5 juga. Sama juga lari dari kena dialisis. Selesai rawatan di sana, dapat pulang dgn keadaan CKD menjadi tahap 4. Seronok dia.

Saya ada tahu serba sedikit tentang dialisis kerana arwah emak mertua saya dulu terpaksa jalani dialisis akibat sakit kencing manis. Mulanya saya & isteri beranggapan bahawa dialisis itu baik utk bantu pesakit. Duduk 3 jam, cuci darah. Kemudian balik rehat. Sehinggalah sewaktu arwah terpaksa jalani dialisis pada masa arwah dalam keadaan koma. Doktor yg merawat “membuka” cerita sebenar tentang dialisis. Kata doktor ‘“kamu nampak emak kamu tengah tidur, tetapi sebenarnya walaupun dalam koma, dia sedang berlari”. Kami tak faham. Doktor menambah “sebab  waktu dialisis, jantung bekerja keras mengikut mesin dialisis. Jantung berdegup umpama kita berlari 100 meter. Bayangkan kita berlari 100 meter sepanjang 3 jam”. Dari situ kami faham kenapa arwah akan berehat panjang setiap kali dialisis. Sebab dia letih.

Kebetulan di akhir masa saya di klinik Dr. Aziz, saya bertemu dgn kenalan keluarga kami. Seorang doktor perubatan menetap di Negeri Sembilan. Masalah CKD tahap 4. Enggan ambil rawatan dialisis juga. Saya tanyakan kenapa tidak ambil jalan mudah dgn buat dialisis. Katanya dia perlu buat dialisis 3 kali seminggu. Sekali buat 3 jam, kemudian akan flat utk 2 hari. Kalau dah 3 kali seminggu maksudnya hampir seminggu dia akan flat. Apa kerja yg boleh dibuat lagi? Itu ke life style yg dia nak jalani. Teringat balik kpd penerangan dari doktor yg merawat arwah mak mertua tadi.

Padanlah jika diberi pilihan ramai yg sanggup cari alternative kpd rawatan dialisis. Mereka tahu apa sebenarnya keadaan yg bakal dilalui sepanjang jalani prosedur dialisis & bagaimana pula keadaan selepas selesai dialisis. 

Improving Health - Generating Wealth - Developing People - Enjoying Life 
mnaquibh@gmail.com Whatsapp : 0193589373

No comments:

Post a Comment